fbpx
AISHA Retno sanggup dibotakkan kepala jika sikapnya benar-benar berubah menjadi sombong.

‘Kalau sombong, botakkan kepala saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAHUN ini Diva boleh dikatakan milik Aisha Retno, dengan lagu Jodoh Lebaran mendunia, layak ke pentas Anugerah Juara Lagu-40 dan terbaharu, terpilih sebagai pemain watak Puteri Gunung Ledang pada pementasan yang dijangka berlangsung Oktober depan.

Satu demi satu kejayaan diraihnya tahun ini. Ada artis lain kalau sudah dapat macam-macam tawaran menggila, selalunya akan mula meninggi diri.

Tapi lain pula disuarakan Aisha yang bimbang dirinya berubah menjadi individu bongkak.

Paling lucu, dia berseloroh sanggup kepala dicukur sekiranya mula bersifat angkuh.

“Doakan Aisha untuk terus membumi ya!

“Kalau mula sombong, bawa saja pencukur itu botakkan saya, janji!” katanya membalas komen peminat dalam Threads

Lucu juga Aisha tetapi Diva pun harap dia tidak berubah dan terus merendah diri seperti sebelum ini.

DIVA: Murah rezeki Amyza Amiza dan anaknya. Semoga Adrian Adam diberikan kesembuhan dan berpeluang ada single sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN