fbpx
Sebuah kilang kayu yang terbakar hampir 80 peratus dalam kejadian di Taman Putra Perdana, Puchong, awal pagi ini. - JBPM Selangor

Bomba ambil hampir tiga jam kawal kebakaran kilang kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa hampir tiga jam untuk mengawal kebakaran sebuah kilang kayu di Taman Putra Perdana di sini yang terbakar hampir 80 peratus, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.05 pagi.

Menurut beliau, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba di lokasi pada pukul 2.16 pagi.

“Operasi berjaya dikawal sebelum api dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 5 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya hari ini.

Katanya, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Dengkil, Puchong dan Seri Kembangan dengan keseluruhan kekuatan seramai 28 anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN