fbpx
Antara peserta rakyat Malaysia yang dilaporkan masih berlayar menuju ke Gaza.

Sinar ke Gaza masih ada, lima rakyat Malaysia kekal berlayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Harapan rakyat untuk melihat bantuan kemanusiaan menerusi misi Global Sumud Flotila (GSF) sampai ke Gaza dilihat masih ada apabila seramai lima peserta Malaysia dilaporkan masih berlayar menuju ke Zon Merah 3.

Berdasarkan paparan di Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Dashboard, kelima-lima rakyat Malaysia yang menaiki kapal Azur, Alcyone, Don Juan dan Zefiro masih berlayar dan sudah melepasi Zon Kuning 1.

Antara yang masih berlayar termasuklah Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs dan seorang peserta bukan Muslim dikenali sebagai Chin.

Turut kekal berlayar ialah peserta dikenali sebagai Razman (Azur), Syed Amirul (Don Juan) dan Thanisah (Zefiro).

Terdahulu, seramai 24 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF dilaporkan telah ditahan Israel hari ini ketika dalam pelayaran menghantar bantuan ke Gaza.

Terkini, pakar maritim Malaysia, Al-Ahmad Shah Abdul Kadir yang turut dikenali sebagai CEO Kapal yang menaiki kapal Iridescence turut dilaporkan ditahan pada pukul 8.10 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN