fbpx
KTRW tewas pada aksi terakhir kepada NSFC sekali gus mengumpul 17 kekalahan daripada 24 perlawanan musim ini. - FB NEGERI SEMBILAN FC

Liga Super: Isu gaji Kelatan TRW meruncing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMELUT tunggakan gaji yang melanda Kelantan The Real Warriors (KTRW) semakin meruncing apabila jurulatih kecergasan pasukan, Kamarul Dinis Kamarudin mendedahkan kesukaran sebenar yang dihadapi oleh barisan pemain ketika ini.

Selepas kekalahan 1-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi terakhir Liga Super, Kamarul mengakui isu tunggakan gaji selama empat bulan memberi kesan besar terhadap kehidupan harian pemain.

Kamarul berkata, pihak pengurusan tertinggi terutama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTRW, Datuk Mohd Irwan Rizal kelab diharap dapat segera mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

“Saya harap daripada CEO sendiri dapat selesaikan isu gaji ini. Ini bukan benda lain, ia berkaitan soal kebajikan pemain, tanggungjawab mereka dan bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan harian,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kamarul turut mendedahkan ramai anak-anak buahnya berdepan tekanan kewangan serius termasuk diburu pihak bank dan syarikat pinjaman kerana gagal membuat bayaran bulanan.

“Bila tiada gaji macam ini, semuanya terkesan. Bank kejar, pinjaman berlesen kejar, kereta kena tarik. Pemain import, lokal ada yang dihalau dari rumah.

“Sudah empat bulan (gaji tertunggak). Tapi, ikut keadaan sekarang, kami masih cuba bertahan dan masih turun beraksi demi membawa nama Kelantan.

“Saya juga katakan kepada pemain untuk beraksi dengan baik, mana tahu ada kelab yang berminat untuk dapatkan khidmat mereka musim depan,,” katanya.

Skuad KTRW mengakhiri kempen liga dengan meraih 15 mata selepas hanya mencatat empat kemenangan pada musim ini di kedudukan ke-12.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN