fbpx

Nadia Aqilah sertai Mimi Fly dalam PGL The Musical

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas penyanyi Mimi Fly, pelakon Nadia Aqilah pula diumumkan sebagai penggalas watak Bayan iaitu pembantu kepada Gusti Puteri Retno Dumil adalam pementasan teater muzikal ikonik, Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical.

Perkara tersebut dikongsikan pihak produksi yang memaklumkan pembabitan aktres berusia 40 tahun itu dengan PGL The Musical bermula sejak 2006 lagi.

“Perjalanannya bersama Puteri Gunung Ledang The Musical bermula pada tahun 2006 sebagai sebahagian daripada barisan pelakon asal.

“Lebih dua dekad kemudian, dia kembali dengan membawa bersama memori, semangat dan legasi emosi daripada dunia yang pernah membentuk perjalanan seninya sebagai pengkarya,” kongsi produksi PGL dalam laman sosial.

Sebelum ini, produksi PGL The Musical memaklumkan musim baharu yang bakal dipentaskan tahun ini bakal membuat pembaharuan dengan menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan.

Pendekatan diambil sebagai usaha memastikan kesinambungan karakter ikonik tersebut untuk generasi akan datang, selain memberi peluang kepada lebih ramai penggiat seni menafsirkan watak berkenaan dengan dimensi berbeza.

Sebelum ini sememangnya nama Nadia turut menjadi pilihan ramai melihatkan kredibiliti sebagai pelakon serba boleh.

Malah, pelakon filem Zaitun Ceritaku itu juga disifatkan memiliki gaya klasik serta mempunyai intonasi dengan karakter Puteri Gunung Ledang seperti digambarkan dalam hikayat Melayu.

Pemilihan Mimi dan Nadia sebagai penasihat setia yang sering mengingatkan Gusti Puteri tentang tugas, takdir dan perasaan sekali gus memberi jawapan bahawa sebahagiaan pencarian produksi sudah pun berhasil.

Penantian ramai peminat kini tertumpu pula kepada watak utama, Sultan Melaka dan Gusti Puteri yang tentu sahaja melengkapkan pasukan PGL The Musical untuk kembali lagi beraksi selepas hampir dua dekad mencipta fenomena dalam dunia teater Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN