fbpx
Anggota bomba sedang memeriksa punca kebakaran di bangunan Bank Negara, Kuala Lumpur pagi tadi. Foto PGO KL

Bilik UPS Sasana Kijang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik UPS Backup Battery di tingkat tiga bangunan Sasana Kijang, Bank Negara di Jalan Dato Onn di sini terbakar pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.32 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul bersama bantuan BBP Titiwangsa dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, seramai 17 anggota bersama tiga jentera terlibat dalam operasi tersebut.

“Api berjaya dikawal pada pukul 7.46 pagi dan kemusnahan dianggarkan sekitar 40 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN