fbpx
Penyampai radio Era FM, Radin sah bergelar suami kepada Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills, kira-kira pukul 9.02 malam hari ini.

[VIDEO] Pohon emas RM15,000 jadi mahar, Radin sah suami orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, penyampai radio Era Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, sah bergelar suami kepada Nur Amirah Shamsulbahrin dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills, kira-kira pukul 9.02 malam tadi.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shamsulbahrin disaksikan penolong pendaftar perkahwinan Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman.

Radin memberikan mas kahwin berupa pohon emas bernilai RM15,020.26.

Majlis yang bertemakan serba putih itu turut dihadiri oleh 500 tetamu termasuklah tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.

Antara rakan selebriti yang turut hadir menyaksikan penyatuan dua jiwa itu termasuklah Syed Saddiq, Bella Astillah, Erra Fazira, Nabila Razali dan penyampai-penyampai radio Era.

Nabil Ahmad, DJ Nas dan Azad Jasmin pula ditugaskan sebagai pembawa dulang.

Radin dan isterinya berkenalan sejak lebih setahun lalu namun, hubungan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah ke detik-detik terakhir sebelum diijabkabulkan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN