SEREMBAN – Satu sidang akhbar akan diadakan antara pimpinan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan susulan perkembangan politik terkini yang berlaku hari ini.
Sidang akhbar daripada PN itu diadakan di sebuah hotel di sini dan media sudah berkampung di situ sebaik pimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan selesai mengadakan sidang akhbar di Wisma UMNO pada pukul 10 pagi tadi.
Difahamkan, sidang akhbar itu bertujuan menjelaskan kedudukan dua parti politik itu susulan krisis dalaman kerajaan negeri dan kemungkinan penggabungan antara dua parti berkenaan untuk mengambil alih kepimpinan atau menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-17. – KOSMO! ONLINE














