fbpx
ZAMBRY (tiga dari kanan, depan) menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup JMU 2026 di Dewan Tuanku Canselor, UPSI Kampus Sultan Azlan Shah di Tanjung Malim, hari ini.

Generasi muda berminat sokong UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – UMNO kembali mencatat peningkatan penyertaan dalam kalangan generasi muda apabila lebih 60 peratus daripada kira-kira 10,000 permohonan keahlian baharu terdiri daripada individu berumur bawah 40 tahun.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkembangan itu yang baik demi kelangsungan parti itu dalam politik negara yang semakin mencabar.

“Ini menunjukkan satu perkembangan yang baik dan kita akan lebih berhubung dengan anak-anak muda ini. Mereka (generasi muda) membaca, melihat, membuat penilaian dan sambutan kepada parti UMNO itu adalah satu yang menggalakkan,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata sedemikian kepada pemberita dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Anugerah Pendidik Global (GEA) 2026 di Bilik Senat, Dewan Tuanku Canselor UPSI Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim hari ini.

Terdahulu, media melaporkan UMNO kembali mencatat peningkatan penyertaan dalam kalangan generasi muda apabila lebih 60 peratus daripada kira-kira 10,000 permohonan keahlian baharu terdiri daripada individu berumur bawah 40 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN