fbpx
Tangkap layar hantaran pengguna berkenaan dengan menyahut cabaran Datuk Seri Siti Nurhaliza melakukan larian sejauh 8 km, pagi ini.

[VIDEO] Demi TokTi , lelaki sahut cabaran lari 8km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda lelaki membuktikan kata-katanya bukan sekadar janji kosong apabila dia sanggup melakukan larian sejauh 8 kilometer (km) seawal pukul 5.30 pagi demi menyahut cabaran penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pagi ini.

Terdahulu, dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh Lutfillehadi, lelaki tersebut berjanji akan melakukan larian sejauh 5km sekiranya mendapat respons balas daripada Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, penyanyi tersohor itu bukan sahaja membalas hantarannya, malah mencabar untuk meningkatkan jarak larian sebanyak 8km.
“Naik sikit 8km, tunjuk video. Pukul 5.30 pagi tau bukan pukul 5.30 petang,” kata Siti.

Menyahut cabaran itu, Lutfil memulakan lariannya di awal pagi seperti yang dijanjikan dan sempat berseloroh mengenai cabaran luar biasa tersebut menerusi satu hantaran video di platform Threads itu.

“Sekarang pukul 5.30 pagi tepat, tak percaya yang TokTi suruh aku lari 8km. Ikutkan aku sampai 5km sahaja,” katanya.

Dia akhirnya berjaya melengkapkan cabaran tersebut dalam tempoh 1 jam 10 minit.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji kegigihan pemuda itu yang dianggap sebagai peminat yang berdisiplin.

“Dia buat betul-betul, tahniah, boleh jadi contoh buat peminat yang lain untuk amalkan gaya hidup sihat dan aktif,” kata pengguna @khalidasafa.

“Amboi, Datuk Siti minta 8km, laju sahaja buat. Cuba kalau isteri minta buang sampah,” seloroh pengguna @deardyan. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN