fbpx
Menjadi satu-satu bunga dalam kalangan kumbang menerusi filem Tarung: Unforgiven, Azira mulanya berasa agak malu, namun semuanya terkawal tanpa memberi impak negatif sepanjang penggambaran. - SYAKIR RADIN

‘Saya selektif pada watak, bukan memilih individu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon.

Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan dengan cemerlang.

Namun, aktres berusia 35 tahun itu mengakui tidak semua watak diterimanya dengan semborono atau sekadar mengejar validasi khalayak terhadapnya.

Azira mengakui, dia kini lebih memilih dalam menerima sebarang tawaran lakonan bagi memastikan karakter dipegang bersesuaian, selain mampu mencabar kemampuan diri.

“Saya memang cerewet untuk terima sebarang watak dan saya yakin setiap pelakon lain pun lakukan hal sama.

“Perkara tersebut mungkin disebabkan saya juga sudah lama bergelar pelakon sejak 2012.

“Namun, saya hanya selektif pada watak dan bukan memilih individu yang mahu bekerja bersama. Lebih kepada jenis karya.

Ujar ahli kumpulan Defam itu, dia perlu menjadi selektif  bagi memastikan dirinya sentiasa menghadiahkan kelainan dalam setiap persembahan lakonannya.

“Kalau boleh, saya nak lakonkan watak berbeza dalam setiap filem mahu pun drama, barulah mencabar kemampuan diri sebagai pelakon.

“Sebab kalau buat benda yang sama berkali-kali, saya takut penonton mempersoal ‘dia dah pernah bawa karakter ini,” katanya lagi.

Pemilik nama penuh Azira Shafinaz Ramlan itu menambah, dia juga sangat menanti tawaran watak aksi meski pernah dilakukan dalam file Sheriff: Narko Integriti sebelum ini.

“Sekiranya diberi peluang selepas ini untuk terlibat dalam naskhah aksi, saya sangat terbuka menerima.

“Dalam Sheriff ada aksi tetapi saya menanti yang betul-betul berlawan, dari awal sehingga habis jalan cerita,” ujar pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia 

Pasifik ke-61 (APFF61) itu.

Dia juga tidak menolak untuk menerima tawaran filem romantik komedi meski pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Asian Academy Creative Awards menerusi drama Ijab Kabut pada 2023.

“Saya pernah berborak dengan rakan industri yang rindukan naskhah sebegitu sebab di Malaysia banyak fokus kepada genre aksi dan seram.

“Memang bagus sebab menjana keuntungan tetapi alangkah lebih seronok kalau lebih banyak genre romantik komedi diperbanyakkan seperti dulu.

“Dahulu kita ada Manisnya Cinta di Cappadoccia, Istanbul Aku Datang dan Pisau Cukur yang kita tonton berulang kali sehingga hari ini.

“Harapnya saya sempat merasa dan diberikan peluang untuk memegang mana-mana watak dalam naskhah sebegitu satu hari nanti,” ujarnya lagi.

Tarung: Unforgiven

Berkongsi filem terbaharunya, Tarung: Unforgiven yang bakal ditayangkan bermula 7 Mei depan, dia memberitahu naskhah arahan Razaisyam Rashid tersebut mencabar dirinya untuk menjadi wanita ‘bad ass’.

Dia juga menjadikan drama Griselda dalam Netflix sebagai salah satu bahan rujukan bagi menjayakan karakter Dalia.

“Dalia, karakter yang berbeza. Cabaran terbesar saya adalah untuk membuatkan orang nampak Dalia dalam sekumpulan lelaki. Saya kena pastikan ekspresi dan nada suara selari dengan watak, memang susah.

“Saya juga dapatkan banyak nasihat dan tips daripada guru lakonan bagi memastikan watak Dalia ini selari dengan kehendak pengarah,” kongsinya.

Ditanya pengalaman bekerja dengan barisan pelakon yang majoritinya terdiri daripada pelakon lelaki termasuk Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae dan Zul Ariffin, Azira mengakui terbit rasa malu, namun bersyukur semuanya berjalan dengan baik.

“Penggambaran memang seronok tapi saya banyak diam dan malu sebab seorang saja perempuan. Tapi saya tidak asingkan diri dan sentiasa cuba nak sertai mereka.

“Alhamdulillah semua berikan yang terbaik untuk filem ini,” akhirinya.

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN