fbpx
Abbe Hae berkongsi keadaan terkini Pak Din yang dilihat semakin sihat dan ceria selepas ditempatkan di sebuah rumah kebajikan dekat Kelantan.

Pak Din makin ceria lepas diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kisah seorang warga emas yang tular sebelum ini apabila ditemui berseorangan dalam keadaan bergelumang najis kini kehidupannya dilaporkan semakin pulih dan ceria.

Ketua Aktivis dan Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohamad Azhan Mohamed Adnan atau Abbe Hae menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, lelaki dikenali sebagai Pak Din, 61, itu menunjukkan perkembangan kesihatan yang memberangsangkan selepas beberapa bulan diselamatkan.

Menurutnya, Pak Din sebelum ini ditemui dalam keadaan uzur di sebuah rumah usang di Kampung Bunut Susu di Pasir Mas, Kelantan tidak mampu bergerak dan hidup dalam persekitaran yang dipenuhi najis sehingga terpaksa makan dalam keadaan tersebut.

“Alhamdulillah, Pak Din kini semakin sihat. Tangannya yang sebelum ini merengkok juga sudah boleh diluruskan hasil rawatan fisioterapi yang dijalankan secara berkala.

“Pak Din selalu tanya bila saya nak datang. Saya sendiri terharu dia masih ingat,” katanya.

Dalam masa sama, Abbe Hae merakamkan penghargaan kepada pengurusan pusat jagaan tersebut yang disifatkan sentiasa memberikan kasih sayang dan perhatian penuh kepada penghuni warga emas.

“Terima kasih kepada semua yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN