fbpx
Asyraf Wajdi

MRSM lantik warden bekas anggota beruniform, guru fokus mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesemua 58 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal menempatkan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota beruniform bermula tahun hadapan bagi memperkukuh disiplin dan pengurusan pelajar di asrama.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di laman Threads berkata, pemilihan warden daripada latar belakang tersebut dibuat kerana mereka memiliki pengalaman dalam aspek kepimpinan, kawalan disiplin serta pengurusan berstruktur.

Menurutnya, calon yang dipilih juga diwajibkan menjalani latihan khusus bagi memahami Falsafah Pendidikan Mara agar pendekatan digunakan selari dengan matlamat pendidikan institusi itu.

“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, sebaliknya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran, pendidikan dan pembentukan sahsiah pelajar,” katanya.

Terdahulu, Mara melaksanakan projek rintis penugasan warden dalam kalangan bekas anggota tentera di MRSM Balik Pulau dan MRSM Besut bagi menangani isu buli dalam kalangan pelajar.

Inisiatif tersebut dijalankan selama tempoh enam bulan dengan tujuan memutuskan rantaian budaya buli yang semakin membimbangkan di sekolah berasrama penuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN