PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan).
Amaran cuaca buruk tersebut berterusan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, hujan lebat juga melibatkan kawasan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching (Kuching), Serian dan Sarikei (Pakan dan Julau) manakala di Sabah adalah Pedalaman (Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud),” lapor MetMalaysia.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














