fbpx
Gambar hiasan.

Budi Diesel Individu dinaikkan RM400 sebulan untuk April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan tunai Budi Diesel Individu kepada RM400 sebulan berbanding hanya RM300 bagi bulan April.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, keputusan itu merupakan antara langkah tambah baik bantuan diesel kepada kumpulan sasar yang dilaksanakan bagi mengurangkan kesan kenaikan terhadap rakyat.

“Ini akan memanfaat sekitar 150,000 pemilik kenderaan diesel individu di Semenanjung Malaysia dengan dana tambahan RM15 juta sebulan.

“Pelaksanaan dan hebahan inisiatif ini akan dipantau oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar di sini, tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN