MELAKA – Ibu bapa di negeri ini berasa terhimpit selepas pengusaha van sekolah mula menaikkan tambang mencecah RM100 bagi seorang anak susulan kenaikan harga diesel. Kenaikan itu sekali gus membebankan ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan tersebut bagi memastikan rutin persekolahan anak-anak berjalan dengan lancar. Seorang pekerja swasta, Mimie Azura Abu Bakar, 45, berkata, dia membayar sebanyak RM190 sebulan bagi dua anaknya berusia 12 dan sembilan tahun yang menaiki van ke sekolah. “Kenaikan itu dimaklumkan pengusaha…














