fbpx
ROSAFINDI menunjukkan gambar Amirul Raziq.

‘Kami tak tahu sampai bila dia ditidurkan, doakan Prebet Amirul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – “Saya mohon jasa baik semua rakyat Malaysia berdoa semoga anak saya cepat sembuh.”

Demikian kata bapa kepada seorang anggota tentera Rosafindi Tambi Chik,49, sebab mengenai keadaan anaknya yang masih kritikal dan tidak sedarkan diri di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Anak sulungnya Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, mengalami kecederaan parah selepas dipukul oleh seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar ­Melayu Diraja (RAMD) Bentong pada Isnin lalu.

Akibat kejadian, mangsa tidak sedarkan diri dan pemeriksaan mendapati jantung mangsa terhenti selama sejam dan mengalami kematian tisu otak.

Rosafindi berkata, dia dan keluarga yang melawat anaknya mendapati mangsa masih ditidurkan kerana berada dalam keadaan kritikal.

“Kami tidak dimaklumkan sampai bila dia ditidurkan cuma doktor sedang berusaha memu­lihkan jantungnya.

“Semoga dia kembali sembuh dan saya mohon doa semua rak­yat Malaysia,”katanya.

Sebelum ini dilaporkan seorang anggota tentera cedera parah dan tidak sedarkan diri selepas dipukul oleh seorang anggota tentera berpangkat koperal di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Bentong di sini kelmarin.

Hasil siasatan awal polis mendapati suspek seorang anggota tentera berpangkat koperal telah terlibat dalam kejadian memukul, menumbuk dan menendang mangsa di beberapa bahagian badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN