KALI ini, kami membuat keputusan untuk memancing selama dua hari dan menginap di homestay Lisa Fitri berdekatan Jeti Redang Holiday bagi memudahkan pergerakan. Aktiviti memancing akan tertumpu kepada teknik fast jigging untuk memburu ikan tenggiri yang sedia maklum banyak di perairan Terengganu terutamanya di kawasan unjam dan karang jenis bertompok-tompok. ‘Peluru’ seperti jig berat antara 80 hingga 100 gram (g) disediakan awal. Jig-jig ini dipersiapkan dengan assist hook yang diikat dengan wayar dan mata tiga dipasang di bawah berikutan gigi……














