fbpx
Wanita tersebut berpaut pada belakang lori dipandu suaminya. - Sina

Isteri berpaut pada lori suami, cari bukti curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang wanita di China berpaut pada bahagian belakang lori dipandu suaminya selepas mengesyaki bahawa lelaki itu curang kepadanya, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Polis trafik di daerah Bachu, wilayah Xinjiang memberhentikan sebuah lori bersaiz kecil pada suatu malam akhir bulan lepas selepas melihat seorang wanita berpaut pada belakang kenderaan tersebut.

Pemandu lori yang dikenali sebagai Yu, terkejut melihat wanita itu yang ternyata merupakan isterinya sendiri.

Wanita itu mengaku kepada polis bahawa dia mengesyaki suaminya menjalin hubungan sulit. Ketika suaminya memandu lori untuk meninggalkan rumah, dia secara diam-diam berpaut pada lori tersebut sebagai usaha untuk mengekori lelaki itu.

Akiba daripada perbuatan tersebut, Yu didenda 200 yuan (RM117), selain tiga mata ditolak daripada rekod 12 mata tahunannya kerana dia gagal memeriksa keadaan kenderaannya sebelum memandu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN