fbpx
SEMUA pihak termasuk ibu bapa dan keluarga memainkan peranan untuk mengawal aktiviti anak-anak terutama yang menunggang motosikal.

Luahan Pembaca: Tahun 2026 masih ada ‘superman’ di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Sebagai pengguna lebuh raya yang kerap berulang-alik antara Seremban dengan Kuala Lumpur, saya sering kali menyaksikan aksi menunggang motosikal secara berbahaya melibatkan anak-anak muda terutama pada malam minggu.

Di sebalik kesesakan jalan, motosikal meluncur laju di celah kenderaan seperti tiada undang-undang. Detik itu bukan sahaja mencemaskan, malah cukup menakutkan kerana sebarang kesilapan kecil boleh mengundang tragedi besar.

Apa yang menyedihkan, budaya ini seolah-olah dianggap ‘hebat’ oleh sesetengah golongan muda. Mungkin demi tontonan di media sosial atau sekadar mencari perhatian, mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sehingga ada yang melakukan aksi ‘superman’ tanpa rasa takut.

Tidak dinafikan, pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai operasi dan penguatkuasaan. Namun, selagi mentaliti ini tidak berubah, selagi itu masalah ini akan terus berulang. Undang-undang sahaja tidak mencukupi jika kesedaran dan tanggungjawab diri masih di tahap rendah.

Peranan ibu bapa dan keluarga juga tidak boleh diketepikan. Didikan sejak kecil tentang keselamatan jalan raya amat penting agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan budaya berbahaya seperti ini. Rakan sebaya juga memainkan peranan dan jangan sesekali menggalakkan atau menyokong aksi yang jelas membahayakan.

Selain itu, platform media sosial perlu lebih tegas dalam mengekang penyebaran video aksi berbahaya. Kandungan seperti ini tidak wajar dinormalisasikan, apatah lagi dijadikan hiburan. Setiap tontonan sebenarnya memberi ‘nyawa’ kepada budaya yang salah.

ROSSI
Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN