fbpx
Gambar hiasan

Takut ditahan polis, lelaki warga emas rugi RM328,450

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Gara-gara takut ditahan pihak berkuasa, seorang warga emas kerugian RM328,450.88 selepas diperdaya scammer me­lalui panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 4 Februari lalu apabila lelaki berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Putrajaya.

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes penipuan dan akan ditahan. Mangsa diarah membuka dua akaun bank baharu kononnya bagi tujuan pemantauan transaksi kewangan,” katanya di sini hari ini.

Pada keesokan harinya, mangsa memasukkan wang simpanannya RM128,208.88 dan RM200,242.00 ke dalam akaun seperti yang diarahkan selain menyerahkan maklumat perbankan kepada suspek.

Selepas lebih sebulan, mang­sa yang membuat semakan kelmarin mendapati wang di dalam akaun tersebut telah tiada. Warga emas itu cuba menghubungi suspek, namun gagal sebelum menyedari dia
diperdaya.

Polis menasihatkan orang ramai membuat semakan sekiranya menerima panggilan meragukan terutama daripada polis atau agensi kerajaan bagi mengelakkan menjadi mangsa
penipuan.

“Sebarang panggilan yang mendakwa mangsa terlibat kes jenayah dan mendesak tindakan segera seperti membuka akaun bank atau memindahkan wang merupakan taktik penipuan yang sering digunakan sindiket phone scam,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN