KOLAM ini yang terletak tidak jauh dari sungai memberikan suasana semula jadi yang cukup menarik. Terdapat tiga buah kolam utama di sini yang menempatkan beberapa spesies ikan popular seperti siakap putih, siakap merah dan jenahak. Perjalanan trip kami bermula seawal pagi selepas bersahur. Kami bertolak dari Setia Alam, Selangor dalam keadaan jalan yang masih lengang kerana kebanyakan orang masih berehat. Perjalanan menuju ke Banting mengambil masa kira-kira satu jam sahaja. Dalam perjalanan tersebut, kami sempat berhenti di sebuah masjid berhampiran……














