KEWUJUDAN ikan toman di lokasi berair payau ini sudah saya ketahui ketika trip pertama bersama tekong Jebat semasa memancing ikan siakap di Kuala Sangga, Perak beberapa tahun yang lalu. Namun ketika itu dimaklumkan oleh Jebat bahawa populasi ikan toman tersebut merudum akibat tangkapan lampau tuai (over catch) oleh orang ramai. Sehinggalah pada awal tahun ini kumpulan ikan toman itu muncul semula sehinggalah trip memancing siakap terpaksa Jebat kurangkan dan menumpukan pada pancingan ikan toman. Mujur saya sempat menyelit untuk satu……














