fbpx
Sabah FC dianggap pilihan utama untuk mara ke final Piala Cabaran musim ini.

Piala Cabaran: Sabah enggan dijerat kelab Liga A1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI baharu Sabah FC, Juan Torres Garrido enggan pasukan memandang rendah keupayaan Perak FA yang boleh melakar kejutan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran di Stadium MP Manjung malam esok.

Menurut Garrido, barisan pemain bijak membuat keputusan di atas padang selain memanfaatkan setiap peluang terhidang bagi memastikan bekalan selesa dapat dibawa pada aksi kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu selepas ini.

“Pemain saya masih dalam fasa untuk dapatkan balik tahap kecergasan terbaik dan kita nak teruskan idea permainan yang betul agar mereka terus konsisten.

“Ini penting sebab kita kalau boleh nak terus jadi pasukan yang boleh menjadi saingan sengit juga kepada lawan lain dalam setiap perlawanan.

“Kita tak boleh pandang sebelah mata terhadap Perak sebab mereka adalah pasukan yang bagus di mana kita boleh tengok macam mana mereka tewaskan KL City di tempat mereka sendiri sebelum ini.

“Jadi, ini akan jadi perlawanan yang sukar untuk kami dan pemain terus bekerja keras dalam latihan  untuk memberikan persembahan terbaik malam esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN