JAKARTA – Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan jemaah tarawih terkejut apabila sekumpulan kanak-kanak bermain mercun di halaman masjid, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian berlaku di sebuah masjid di Cihampelas, Bandung Barat.
Dalam video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tersebut, sejumlah kanak-kanak dilihat bermain di halaman masjid ketika jemaah bersolat di dalam.
Percikan api kemudian muncul di samping bunyi letupan mercun dari kawasan bawah tangga, menyebabkan anak-kanak tersebut melarikan diri.
Beberapa jemaah kemudian keluar dari dalam masjid dan memarahi mereka.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.
“Dahulu ketika kecil, saya pun pernah buat begitu,” kata seorang netizen. – AGENSI














