TEMOH Valley Resort, Perak mempunyai beberapa buah tasik yang dahulunya terkenal dengan sebarau bersaiz kasar. Walaupun sebarau menjadi target utama pertandingan yang dinamakan Kayak Fishing Hampala Challenge 2026 ini, namun masih ada kategori untuk ikan-ikan lain. Seramai 30 orang peserta mengambil bahagian. Mereka menurunkan kayak masing-masing sekitar pukul 7.30 pagi. Acara diteruskan dengan taklimat keselamatan. Pada awal pagi kelihatan peserta memancing di sekitar tasik utama. Apabila matahari mulai meninggi, ikan menjadi agak culas, membuatkan sebahagian peserta mula menuju ke tasik……














