fbpx
Perkongsian wanita tersebut di TikTok, baru-baru ini.

‘Saya adalah mangsa dan saya sedang mengandung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Saya bukan mahu meminta simpati daripada mana-mana pihak. Saya adalah mangsa dan saya sedang mengandung.”

Demikian luahan seorang wanita menerusi hantaran video di TikTok yang tular sejak semalam selepas mendedahkan dirinya merupakan mangsa rogol dan kini disahkan hamil.

Menurut wanita itu, kes rogol yang dialaminya sebelum ini telah selesai, namun dia kini berdepan ujian baharu apabila disahkan mengandung selepas pemeriksaan dilakukan di sebuah klinik pada 19 Februari lalu.

“Semalam saya rasa tak sedap badan, jadi saya pergi klinik untuk buat pemeriksaan. Allahu, terkejutnya saya bila doktor beritahu saya mengandung dan janin sudah ada degupan jantung,” katanya menerusi video tersebut.

Wanita itu mendakwa, kehamilan itu menyebabkan dia hilang pekerjaan dan diminta keluar dari asrama majikan dalam masa terdekat.

“Sekarang saya duduk di hostel dan majikan beri masa sampai esok untuk keluar,” ujarnya.

Tambahnya, dia hidup sebatang kara sekali gus menjadikan situasi yang dilalui amat sukar.

Wanita itu menegaskan dia tidak meminta sumbangan wang, sebaliknya hanya mengharapkan doa dan sokongan daripada orang ramai.

“Masya-Allah, Alhamdulillah. Terima kasih atas respons positif dan doa yang baik. Saya tak minta duit, saya hanya minta doa daripada kakak dan abang di luar sana. Ternyata dalam dunia ini orang baik masih ramai.

“Semoga Allah permudahkan urusan semua yang membantu,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan rata-rata mereka menzahirkan simpati dan menitipkan doa agar segala urusan wanita tersebut dipermudahkan.

“Assalamualaikum adik, cuba mohon untuk tinggal di rumah kebajikan di Melaka. Raudhatul Sakinah. Sebelum ini saya ada lalu, rumah perlindungan remaja Alor Gajah,” cadang @kak@chik.

“Cari rumah perlindungan yang berdaftar nak mohon bantuan boleh dipercayai, semoga dipermudahkan segala urusan wahai anak,” cadang @CikPuanYati69.

“Saya doakan awak dipermudahkan urusan. Apa-apa yang terjadi awak jangan benci bayi tu ya, jaga kandungan awak sebaik yang mungkin,” kata Syafikah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN