fbpx
JADUAL mencuci tandas dalam kalangan pelajar sekolah dapat membentuk jati diri mereka.

Apa salahnya pelajar cuci tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan semua sekolah diminta menyediakan jadual mencuci tandas minggu ini dan Kementerian Pendidikan pula akan menyelaras isu berkenaan.

Berdasarkan arahan itu, proses mencuci tandas perlu melibatkan semua pelajar sekolah dalam usaha memastikan kebersihan tandas selain membantu membentuk jati diri anak muda negara.

Berucap pada Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan, Perdana Menteri berkata, di Jepun misalnya, meskipun mempunyai teknologi tinggi dan jauh lebih maju, namun pelajar di sana telah memulakan jadual mencuci tandas di sekolah.

Saranan ini besar ertinya dalam mencorak pelajar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab selain mengajar mereka erti bersyukur dan menghargai peranan tukang cuci.

Di Malaysia, kita mempunyai lebih 10,000 sekolah menengah dan rendah di bawah Kementerian Pendidikan dengan lebih lima juta pelajar.

Saranan agar pelajar terlibat sama dalam menjaga kebersihan tandas mendapat pelbagai reaksi, ada yang tidak bersetuju, namun ramai juga memberi ‘restu’.

Ada tukang cuci bukan bermaksud kita boleh bersenang-lenang, soal kebersihan tanggungjawab semua.

Jika ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni termasuk menghormati insan di sekeliling tidak kira apa status mereka mengapa tidak ia disokong.

Melihat kepada jumlah pelajar dan tenaga kerja cucian di sekolah mungkin sekali sahaja anak-anak ini dilibatkan dalam kerja-kerja pembersihan tandas.

Biar nilai murni ini dibawa sehingga mereka ke alam dewasa.

Yang sedar
KUALA LUMPUR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN