KOTA KINABALU – Umat Islam di Sabah dikenakan dua kadar zakat fitrah pada Ramadan tahun ini, masing-masing RM7.50 dan RM15 seorang berdasarkan jenis beras yang dimakan.
Kadar itu diisytiharkan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin pada majlis pengumuman zakat fitrah 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi pada Selasa.
Beliau berkata kadar RM7.50 ditetapkan bagi umat Islam yang menggunakan beras putih import manakala RM15 bagi mereka yang menggunakan beras wangi.
Katanya kadar itu adalah berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram (kg) beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di Sabah.
“Saya mewakili Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan ini mengisytiharkan bahawa kadar Zakat Fitrah negeri Sabah bagi 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi bagi penduduk beragama Islam yang bermastautin di Sabah ialah bersamaan dengan dua kadar.
“Kadar pertama berjumlah RM7.50 bagi setiap umat Islam yang menggunakan beras putih import dan kadar kedua berjumlah RM15 ke atas setiap umat Islam yang menggunakan beras wangi,” katanya.
Pada tahun lalu, umat Islam di Sabah hanya dikenakan satu kadar zakat fitrah iaitu RM7.50 seorang.
Umat Islam dijangka menunaikan ibadah puasa selama sebulan sempena Ramadan bermula pada 18 atau 19 Februari ini.
Zakat fitrah di Sabah tahun ini RM7.50, RM15
- Oleh IVAN AMIRUL
- 10 Februari 2026, 2:53 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

MyPAC hulur sumbangan, bantu penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah
29 Julai 2026, 3:49 pm

Sistem tenaga solar tingkat kualiti hidup komuniti Kampung Telinting
28 Julai 2026, 11:15 am

Amaran hujan lebat di KL dan beberapa negeri hingga 7 malam
27 Julai 2026, 4:09 pm

Tiada tahanan Filipina maut akibat sesak di depot – JIM Sabah
26 Julai 2026, 2:21 pm

‘Hujan tak berhenti di Tawau, air dah naik’
25 Julai 2026, 12:48 pm

Dakwaan manifesto BN ciplak Sabah perang psikologi – Tok Mat
23 Julai 2026, 6:05 pm

PNB perkukuh pelaburan berteraskan syariah
22 Julai 2026, 5:02 pm

3,553 individu dikesan terbabit penyalahgunaan dadah di Sabah
21 Julai 2026, 3:13 pm






