fbpx
Monsun Timur Laut dijangka berakhir pada bulan depan. Gambar hiasan laut bergelora di Port Dickson pada Oktober lalu.

Tugas guru sekarang sentiasa ‘bergelora’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seperti yang kita semua tahu, sejak November tahun lalu kita mengalami fasa Monsun Timur Laut yang dijangka berlarutan sehingga Mac.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku sepanjang tempoh monsun itu.

Syukur kepada Tuhan nampaknya monsun kali ini tidak seperti yang diramalkan sebaliknya dua atau tiga sahaja episod hujan lebat yang berlaku sehingga semalam di negara kita.

Dipetik laporan Kosmo! Online sebelum ini, musim bah masih belum tamat disebabkan angin masih lagi bertiup dari arah Timur Laut cumanya sekarang ini cuaca hujan lebih tertumpu di kawasan lain iaitu di Sumatera dan Jawa, Indonesia.

Memandangkan cuaca di negara kita sudah panas terik kebiasaan berlaku ketika bulan Ramadan yang akan kita sambut dalam dua minggu lagi.

Namun bagi penulis, kita jangan alpa kerana Monsun Timur Laut akan tamat sepenuhnya pada Mac, ada masih sebulan untuk kita berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.

Manalah tahu tiba-tiba hujan sangat lebat selama dua jam pun boleh menjadi punca banjir sekarang ini, namun penulis mengharapkan musim bah kali ini berakhir dan terima kasih kerana ‘baik-baik’ sahaja kali ini.

Hanya banjir paling terkesan kali ini peristiwa hujan lebat tidak diduga di Hatyai, Thailand yang melibatkan 6,201 rakyat Malaysia yang melancong ke situ.

Itulah peristiwa paling terkesan kepada rakyat Malaysia apabila terkandas banjir di negara orang dan syukur semuanya selamat.

Habis isu Monsun Timur Laut, timbul pula isu mengenai sekolah memandangkan sesi persekolahan telah dibuka, macam-macam tular di media sosial termasuk kanak-kanak umur 6 tahun boleh masuk darjah 1.

Tidak mahu ulas soal itu mengenai sikap ibu bapa yang melepaskan tanggungjawab bulat-bulat kepada guru-guru.

“Cikgu anak saya masih pakai pampers (lampin pakai buang) dan tidak boleh membaca,” kata-kata ini pernah diucapkan oleh seorang ibu kepada guru darjah satu.

Sangat senang menjadi ibu bapa tahun 2026, semua hendak lepas kepada cikgu, tidak ada rasa malu dan bertanggungjawab sungguh ya.

Ada juga tular di media sosial mengenai mesej di kumpulan WhatsApp seorang ibu maki guru kerana tidak menjawab pertanyaannya.

Selain tiada tanggunggjawab rasa hormat juga sudah hilang sekarang ini tolonglah jangan begitu, jangan membawa budaya media sosial (budaya tiada adab) ke dalam pendidikan anak-anak.

Guru bukan pekerja kita yang sebaliknya yang akan mendidik anak-anak kita, habislah pekerti kita sebagai ibu bapa apabila kita maki guru dalam kumpulan WhatsApp kelas anak kita. Malulah sikit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN