fbpx
Penduduk Indonesia heboh, kenderaan tentera Malaysia masuk ke Nunukan

Penduduk Indonesia heboh, kenderaan tentera Malaysia masuk ke Nunukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Kemunculan sebuah kenderaan taktikal Tentera Darat Malaysia di Nunukan, wilayah Kalimantan Utara mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat mengenai isu sempadan antara kedua-dua negara, lapor laman berita Detik. 

Ia berlaku selepas tiga perkampungan Indonesia berada dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan. 

Rakaman video dikongsi di platform Facebook menunjukkan kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran ZC 6735 itu memasuki wilayah Republik Indonesia (RI). 

Ketua Pentadbiran Daerah Krayan, Roni Firdaus berkata, kemasukan kenderaan Tentera Darat Malaysia di Desa Long Bawan dibenarkan oleh pihak berkuasa dan tidak melibatkan sebarang operasi ketenteraan atau tujuan lain. 

“Ia merupakan operasi mereka. Mereka mempunyai Pos Gabungan Malaysia (Posgabma) di kawasan sempadan. 

“Pergerakan itu dibenarkan dan segala urusan pentadbiran telah melalui Pasukan Petugas Pengamanan Sempadan (Pamtas) yang berpangkalan di Teluk Midang,” kata Roni.

Beliau menambah, aktiviti Tentera Darat Malaysia dipantau rapi oleh Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI). 

“Mereka sering keluar masuk dan melalui pos kami,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN