TAWAU – Menjadikan video dan gambar peribadi sebagai alat ugutan, seorang lelaki warga asing akhirnya diberkas polis kurang 24 jam selepas laporan dibuat berhubung kes pemerasan terhadap seorang wanita di Merotai Besar, semalam.
Suspek berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai pada pukul 5.45 petang di kawasan tepi Gerai Kampung Merotai Besar.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata tangkapan dibuat susulan laporan seorang wanita berusia 20-an yang mendakwa menerima ugutan daripada bekas kenalannya melalui beberapa nombor telefon.
Menurutnya, suspek mengancam untuk memviralkan video dan gambar peribadi mangsa sekiranya gagal menyerahkan sejumlah wang, kira-kira pukul 10.35 pagi.
“Suspek juga dipercayai kerap menghubungi mangsa pada waktu malam dengan tujuan mengganggu dan merosakkan keharmonian rumah tangga mangsa.
“Disebabkan takut bahan peribadi itu disebarkan, mangsa mendakwa terpaksa memberikan sejumlah wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menemui sebilah pisau sepanjang kira-kira 16 sentimeter serta dua telefon bimbit di dalam sebuah beg sandang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Lelaki warga asing ditahan ugut sebar video peribadi
- Oleh IVAN AMIRUL
- 31 Januari 2026, 2:04 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Aliff Daniel diarah jalani pemulihan akidah
4 November 2026, 3:14 pm

Empat lelaki Bangladesh kerja ‘calling centre’ dihadapkan ke mahkamah
4 November 2026, 1:47 pm

Pekerja kedai runcit, remaja 16 tahun mengaku salah lari sekatan polis
4 November 2026, 1:30 pm

Guru didakwa ‘sentuh’ murid lelaki dalam bilik warden
4 November 2026, 12:46 pm

[VIDEO] Da’i Syed menangis bebas tuduhan noda gadis
4 November 2026, 11:06 am

Penunggang motosikal maut tersepit bawah Rapid, wanita parah
4 November 2026, 8:49 am

Lelaki maut tersepit, kereta Toyoto Vios terbabas
4 November 2026, 8:26 am

Lelaki maut ditetak, wanita 27 tahun ditahan
4 November 2026, 8:23 am








