fbpx
Suasana premis berdekatan Lee Gar den, Hatyai pada Jumaat lalu.

Premis urut di Hatyai kini hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HATYAI – Kunjungan rakyat Malaysia ke Hatyai ketika ini dikatakan baru mencapai 40 peratus, sekali gus menunjukkan industri pelancongan di bandar itu masih belum pulih sepenuhnya selepas banjir besar, November tahun lalu.

Lokasi tumpuan seperti ­Asean Night Bazaar, Central Festival Hatyai, gerai makanan dan premis urut di sekitar Lee Garden serta restoran popular juga dilihat tidak serancak dahulu.

Suasana sama turut berlaku di Pasar Terapung Khlong Hae yang baru sahaja dibuka semula pada 16 Januari lalu selepas terjejas teruk akibat bencana tersebut.

Tinjauan di sekitar bandar Hatyai juga mendapati terdapat banyak premis perniagaan yang masih belum dibuka dengan sebahagiannya dalam proses pembaikan, selain ada yang berpindah ke tempat lain.

Pelancong dari Pulau Pinang, Muhammad Aqif Rizhar, 30, berkata, dia memasuki Hatyai menerusi Bukit Kayu Hitam pada Khamis lalu dan perjalanan lancar tanpa kesesakan lalu lintas.

“Suasana di Hatyai tenang sahaja, orang Malaysia yang masuk pun tidak ramai. Kalau dulu pergi ke mana sahaja akan terserempak dengan rakyat kita.

“Sekarang ini tak kerap terse­rempak, mungkin ramai yang masih menunggu keadaan di Hatyai ini pulih sepenuhnya baru nak masuk. Saya rasa musim cuti sekolah dan perayaan, jumlah­nya akan meningkat terutama Tahun Baharu Cina,” katanya di sini baru-baru ini.

Rakyat Malaysia yang me­netap di Hatyai, Shaiful Anuar Che Pe berkata, kebanyakan tempat menarik dan premis perniagaan sudah dibuka semula dengan ada yang menawarkan tarikan baharu.

“Di Pasar Terapung Khlong Hae ada tarikan baharu yang mana pelancong berpeluang bersiar-siar menaiki sampan di situ,” katanya.

Namun begitu, katanya, jumlah rakyat Malaysia yang masuk ke Hatyai tidak serancak dahulu dengan suasana di sekitar Lee Garden pada kelmarin tidak semeriah sebelum ini.

Sementara itu, Komander Agensi Kawalan dan Perlin­dungan Sempadan Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pergerakan keluar pengembara dari Malaysia ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam pada Khamis lalu adalah seramai 5,193 orang.

Katanya, jumlah itu mening­kat kepada 7,365 orang pada Jumaat dan turun sedikit pada Sabtu iaitu seramai 6,927 orang.
Hatyai pada dua bulan lalu terjejas teruk akibat banjir besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN