fbpx
PENULIS bergambar kenangan di salah sebuah kedai makan yang popular di Jepun.

Jelajah Tokyo, Kyoto secara solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA tahun lalu, saya berjaya menjejakkan kaki ke Jepun secara solo. Itu bukanlah kali pertama saya sampai ke negara Matahari Terbit tersebut memandangkan saya pernah ke Jepun sebelum ini. Namun, ini merupakan kali pertama saya ke negara itu secara solo. 

Perasaan teruja bercampur gementar mengiringi perjalanan ini kerana semuanya perlu diuruskan sendiri, daripada tempahan penginapan sehinggalah menyusun jadual harian. 

Bagaimanapun, rasa bebas itu membuatkan pengalaman kali ini lebih bermakna.

Kalau diikutkan, perancangan yang dibuat sendiri sebenarnya agak sukar dan mengambil masa lama kerana saya perlu memikirkan semua aspek seperti penginapan, tempat makan dan perjalanan.

Saya memulakan perjalanan di Tokyo, sebuah bandar yang sentiasa ‘hidup’. 

Memandangkan saya tiba di Tokyo pada waktu pagi, maka saya hanya membeli makanan ringan di konbini (kedai serbaneka) berdekatan hotel.

KEDAI yang menjual produk berasaskan matcha banyak terdapat di sekitar Kyoto.

Saya sentiasa kagum dengan sistem pengangkutan awam di bandar itu yang sangat teratur. Walaupun ini kali pertama saya bersendirian, namun saya tidak langsung rasa sesat atau takut. 

Orang Jepun sangat membantu, walaupun komunikasi kami hanya melalui bahasa isyarat.

Setiap pagi, saya suka berjalan tanpa arah di sekitar kawasan penginapan. Saya singgah di kedai serbaneka untuk membeli onigiri dan kopi panas. 

Biarpun makanan di kedai serbaneka tidaklah begitu enak, namun peluang bersendirian di negara orang sambil memerhati penduduk tempatan bergegas ke tempat kerja merupakan satu aktiviti yang saya suka sepanjang berada di Tokyo.

Saya menghabiskan masa selama empat hari di Tokyo sebelum pergi ke Kyoto. 

Bagi saya, bandar ini jauh berbeza dengan Tokyo. Kyoto tidak sesibuk Tokyo dan kehidupan di situ terasa lebih perlahan.

Setibanya di Kyoto, saya mengambil peluang berjalan di kawasan sekitar sambil mencuba minuman matcha yang banyak dijual di sana.

SALAH sebuah kedai serbaneka yang menjual pelbagai makanan Jepun.

Kebanyakan pembuat matcha di sana terdiri daripada nenek tua, dengan kedai mereka nampak usang dan lama. 

Namun, itu menjadi tarikan buat saya kerana menunjukkan bahawa minuman tersebut sudah begitu sebati dengan penduduk tempatan.

Sempat jugalah saya menjadi personal shopper buat rakan-rakan yang memesan beberapa jenis serbuk matcha untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Saya suka suasana tradisional di Kyoto. Rumah kayu, jalan kecil dan kawasan kejiranan yang sunyi membuatkan perjalanan terasa selesa. 

Berjalan seorang diri di situ juga terasa menenangkan. 

Jika saya kembali lagi ke Jepun, saya mahu meneroka Kyoto sahaja.

Bagi saya, Jepun menjadi tempat yang sempurna untuk perjalanan solo pertama saya kerana selamat, bersih dan penuh dengan keindahan. Sistem pengangkutan awam yang cekap juga memudahkan perjalanan.

Akhir kata, saya pasti akan kembali lagi ke sana satu hari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN