fbpx
Makruh menggunakan kain kafan yang mahal sebab ia akan cepat rosak sebagaimana yang Nabi Muhammad SAW. - Gambar Janaan AI

Makruh guna kain kafan mahal sebab cepat rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBAGAI muslim, mengingati kematian merupakan sesuatu yang digalakkan supaya kita tidak terus leka dengan dunia.

Selain itu, ia bertujuan supaya kita dapat merancang kehidupan sementara ini dengan baik sebelum ajal tiba. Ini kerana, tiada apa yang akan dibawa sebagai bekal, kecuali ibadah, amal jariah dan doa daripada keluarga.

Baru-baru ini, seorang usahawan terkenal mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kain kafan yang ditempah khas daripada pereka terkenal berharga RM999 sebagai persiapan menghadapi kematian.

Keputusan itu dibuat sebagai satu bentuk peringatan diri dan persediaan awal untuk kehidupan selepas mati.

Bagaimanapun, perkongisan tersebut mendapat pelbagai reaksi termasuk pihak mufti dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Zulkifli berkata, meskipun mengingati kematian merupakan perkara yang digalakkan, namun fokus utama seharusnya diberikan kepada perkara yang benar-benar memberi manfaat selepas kematian iaitu amalan dan bekalan akhirat.

“Sebenarnya mengingati kematian itu perkara yang sangat penting, namun kita perlu menginsafi bahawa apabila kita meninggalkan dunia yang ditinggalkan hanya anak soleh, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah. Itu yang perlu menjadi tumpuan.

“Sebagai pihak yang menguruskan hal ehwal agama, kita menyeru umat Islam supaya memberi fokus kepada perkara lebih utama berbanding perkara yang bukan keutamaan,” katanya.

Sementara itu, pendakwah, Ustaz Jafri Abu Bakar Al Mahmoodi menjelaskan, berkaitan syariat, terdapat panduan dalam bahagian kain kafan walaupun seseorang itu mempunyai kemampuan daripada segi kewangan.

“Hukumnya makruh menggunakan kain kafan yang mahal sebab ia akan cepat rosak sebagaimana yang Nabi Muhammad SAW sebutkan dalam sebuah hadis, jangan kamu berlebih-lebihan dalam urusan kafan dan kain kafan sebab ia akan rosak’,” katanya.

Jafri Abu Bakar berkata, menggunakan kain kafan yang mahal akan menyebabkan berlakunya pembaziran termasuk mewujudkan kesombongan.

“Bahkan sewaktu Sayyidina Abu Bakar RA hendak wafat, Sayidina Abu Bakar pesan kepada Aisyah RA untuk ambil kain yang telah terpakai dan kemudian tambah dua lain kain lagi.

“Sayyidina Abu Bakar berkata kain yang baharu itu untuk orang yang masih hidup dan menjaganya daripada kematian. Maka, jangan berlebih-lebih tentang kain kafan,” ujarnya.

Tambah beliau, hantaran mengenai kain kafan mahal tersebut juga boleh menyebabkan orang mempermainkan urusan berkaitan alam barzakh.

Justeru, katanya, umat Islam disaran untuk merujuk alim ulama dan panduan daripada Rasulullah SAW berkaitan dengan syariat Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN