fbpx
Reaksi dan gelagat penyokong Najib yang hadir di Mahkamah Putrajaya hari ini. Foto AMIR KHALID

Penyokong ‘Bossku’ berhimpun di Istana Kehakiman, harap Najib bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Puluhan penyokong dari pelbagai negeri termasuk ahli Wanita UMNO berkumpul sejak awal pagi di Istana Kehakiman di sini hari ini bagi memberikan sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Salah seorang penyokong tegar, Radhiah M. Rashid, 67, dari Rawang, Selangor berkata, beberapa ahli Wanita UMNO dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor serta Pahang turut hadir bagi menyatakan sokongan mereka kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Bukan setakat saya sahaja, tetapi juga harapan penyokong‑penyokong ‘Bossku’ di seluruh Malaysia. Harapan kami, Datuk Seri mesti mendapat kebebasan dan mendapat kebebasan kerana kes 1MDB ini sudah berjalan begitu lama.

“Harapan kami pada hari ini agar beliau mendapat keputusan yang adil dan dibebaskan. Terima kasih kepada yang hadir dan terus menyokong ‘Bossku’ tanpa putus asa,” katanya ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.

Najib tiba di mahkamah pada pukul 8.25 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi keputusan empat kes rasuah dan 21 pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN