fbpx
SEBUAH bas terbabas di Lebuh Raya Krapyak, Semarang. - Foto Basarnas Semarang

16 maut bas dipandu laju terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban selepas sebuah bas penumpang terbabas di Pulau Jawa sejurus selepas tengah malam semalam, lapor portal berita WAM memetik kenyataan pihak berkuasa.

Ketua agensi mencari dan menyelamat, Budiano berkata, bas membawa 34 penumpang itu hilang kawalan di lebuh raya bertol sebelum melanggar penghadang konkrit dan terbalik.

“Rempuhan kuat menyebabkan beberapa penumpang tercampak keluar dan ada yang terperangkap di bawah badan bas.

“Kronologi kejadian menunjukkan bas bergerak dari Jakarta menuju ke Yogyakarta. 

“Maklumat terkini menunjukkan 16 orang meninggal dunia, manakala 18 orang selamat,”  kata Budiono kepada saluran televisyen Kompas TV.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.17 pagi (waktu tempatan). 

Proses mengeluarkan mangsa dilakukan,  manakala keadaan bas remuk dan kedudukan penumpang  yang terperangkap menyukarkan usaha pasukan penyelamat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN