fbpx
FILEM ikonik, sekuel Khabie Kushi Kabhie Gham sememangnya tidak akan dijadikan sekuel.

Berhentilah bermimpi, tiada sekuel Khabie Kushi Kabhie Gham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS beberapa bulan bertebarannya khabar angin tentang pembikinan sekuel filem pecah panggung, Khabie Kushi Kabhie Gham, (K3G) akhirnya pengarah dan penerbit Karan Johar mengesahkan perkara itu tidak akan berlaku.

Dalam satu program wawancara di India, Karan menegaskan dia sendiri tidak tahu bagaimana desas-desus pembikinan sekuel filem yang dibintanginya barisan bintang popular Bollywood itu boleh tercetus.

“Saya ingin memberi pencerahan, tidak ada sekuel filem KG3. Saya sama sekali tidak akan menghasilkan sekuel filem tersebut.

“K3G filem fenomena dan sangat nostalgik. Saya tidak mahu merosakkan nostalgia itu dengan menghasilkan sambungannya.

“Biarpun tiada sekuel, K3G masih menjadi kegemaran ramai sehingga hari ini. Sudah 25 tahun tapi kekal relevan. Jadi kenapa saya mahu bikin filem baharu?” katanya.

K3G yang dibintangi Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor mencipta fenomena tersendiri pada 2001.

Sehingga kini filem itu sering diulang tayang di televisyen terutamanya sewaktu musim perayaan kerana mengangkat mesej kekeluargaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN