fbpx
Peniaga sudah mula berniaga meskipun operasi pembersihan di Hatyai yang terjejas teruk akibat banjir masih giat dijalankan.

Peniaga Hatyai sudah mula buka gerai, jual pulut ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Peniaga makanan yang sebahagian mereka mangsa banjir di Hatyai, Thailand sudah mula berniaga di kawasan pelancongan itu.

Menurut rakyat Malaysia yang menetap di Hatyai, Shaiful Anuar Che Pe, gerai jualan makanan telah dibuka meskipun keadaan di sana masih dalam proses pembersihan.

“Peniaga termasuk mangsa banjir di Hatyai ini terus bangkit untuk berniaga semula dan suasana memang meriah dengan penduduk tempatan yang datang membeli,” katanya ketika dihubungi semalam.

Antara gerai makanan yang mula dijual ayam goreng, pulut ayam, nasi goreng, martabak dan pelbagai lagi.

Katanya, ramai yang membeli kerana sebahagian besar rumah dan premis perniagaan di situ terjejas teruk akibat bencana tersebut.

“Bahan untuk memasak dipe­roleh dari luar kerana pasar besar di Hatyai masih belum beroperasi kerana turut terjejas,” ujarnya yang menetap di negara jiran itu sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, katanya, semua mangsa banjir menerima bantuan makanan setiap hari yang disumbangkan oleh banyak pihak termasuk Kerajaan Thailand dan restoran-restoran terkenal di sana.

“Di sini juga disediakan tempat servis motosikal dan perkhidmatan membaiki mesin basuh secara percuma untuk mangsa banjir,” katanya.

Ujarnya, operasi pembersihan ketika ini sekitar 25 peratus de­ngan pihak berkuasa sedang giat mengalihkan kenderaan rosak yang masih tersadai serta me­ngangkut sisa buangan ke lokasi pengumpulan.

“Banyak jentera dari seluruh Thailand dikerahkan untuk operasi pembersihan di Hatyai dan kerja-kerja pembersihan dilakukan 24 jam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN