fbpx
PAPAN tanda dengan membawa mesej menuntut kembali kepada kebenaran.

Dalam kebenaran ada ketenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIDAK perlu menjadi bijak. Cukup sekadar merenung kebenaran dan mengambil pelajaran daripadanya. Bejat seandainya mengelak berfikir secara mendalam, cenderung tersinggung ketika dihadapkan dengan kebenaran.

Demikian fikir penulis ketika terbaca mutiara kata diungkapkan ahli fiqah terkemuka dalam sejarah Islam, Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib bin ‘Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutallib bin Abd Manaf bin Qusai mengenai kebenaran. Atau tersohor dengan panggilan Imam Syafie.

Dalam kehidupan hari ini, manusia dihambat pelbagai tuntutan. Kerja, keluarga serta kewangan. Setiap daripada kita menyimpan cita-cita peribadi. Pastinya dalam sibuk mengejar segala keperluan tersebut jiwa mudah menjadi resah.

Langkah mula memberat. Jiwa tidak lagi ringan. Hati gundah menerima ketetapan hidup.

Kesudahannya ramai yang tersesat dalam tekanan. Mencari jalan keluar melalui hiburan. Mengejar kemewahan atau pengaruh orang lain. Terlalok dan terlupa. Bahawa kebenaran adalah suatu jalan pulang.

Penyelesaian sebenar kadang-kadang lebih sederhana. Kita kembali kepada asas nilai, moral, prinsip dan kejujuran kepada diri sendiri. Bukan sahaja menyembuhkan, malah ia membebaskan.

Sekurang-kurangnya dalam hal-hal yang benar hadir ketenangan dan damai. Seseorang tidak lagi dibebani rasa ragu-ragu. Tidak sangsi terbongkarnya kepalsuan. Kita bukan ahli politik yang hidupnya, lidahnya menutup pembohongan dengan pembohongan.

Pada hemat penulis orang jujur ini bergerak linear, iaitu apa yang ada di dalam hatinya dan tindakan adalah selari. Keteguhan yang datang dari dalam amat mahal harganya.

Mengakui perkara yang hak bukanlah tanda lemah. Sebaliknya ia adalah struktur atau kaedah ritmik iaitu irama yang teratur meluruskan arah, memperbaiki kesilapan dan melangkah ke depan dengan niat yang bersih.

Bagi sesiapa yang mungkin merasakan hidupnya berselirat dan tidak menentu, ketahuilah pintu untuk kembali sentiasa terbuka. Selagi ada kehendak untuk memperbaiki diri, selagi itu ada ruang untuk kedamaian bertapak dalam jiwa.

Panjang pula penulis melalut. Ceritanya minggu lalu penulis terbaca satu papan tanda dengan tulisan ‘Kembalilah kepada kebenaran kerana dalamnya ada ketenangan dan kedamaian.’

Mesej yang ringkas namun mendalam. Lebih-lebih lagi ia terkait dengan pengalaman dan emosi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN