Skip to content
kosmo logo 2025
Facebook Twitter Tiktok Instagram Youtube
  • Log Masuk
  • Langgan
Menu
  • Log Masuk
  • Langgan
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Menu
  • TERKINI
  • NEGARA
    • ANALISIS SEMASA
    • KATA EDITOR
    • KATA SAYA
    • KOMUNITI
    • PESONA AHAD
  • DUNIA
  • HIBGLAM
  • SUKAN
  • HALAL NIAGA
    • SOKONG LOKAL
  • KAMPUS
  • TEKNO
  • REMAJA
  • WANITA
  • CITA RASA
  • PR NEWSWIRE
    • PR NEWSWIRE (BM)
    • PR NEWSWIRE (EN)
Search
Close
  • LOG MASUK
  • LANGGAN
Tunku Ismail bergambar bersama kepimpinan negeri dan kakitangan syarikat KPRJ berlatar belakang logo baharu KPRJ.

Ekonomi

KPRJ sambut ulang tahun ke 30, tampil dengan identiti baharu

  • Oleh KOSMO
  • 17 November 2025, 10:07 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) hari ini meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan menampilkan identiti korporat baharu dalam usaha memperkukuh pembangunan Johor serta pengaruhnya di seluruh negara.

Majlis berprestij itu disempurnakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim diringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Ketua Pegwai Eksekutif KPRJ, Datuk Lukman Abu Bakar.

Kehadiran Tunku Ismail dan para tetamu kehormat mencerminkan sokongan padu terhadap KPRJ sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negeri.

Sambutan dimulakan dengan tayangan montaj khas yang mengimbau perjalanan syarikat itu selama tiga dekad merangkumi kemajuan, pembangunan dan sumbangan KPRJ kepada rakyat Johor.

Perjalanan tiga dekad KPRJ turut diabadikan menerusi pelancaran ‘Coffee Table Book’ yang mendokumentasikan sejarah penubuhan KPRJ sejak 1995 merangkumi pencapaian dan hala tuju KPRJ.

Lukman mempersembahkan replika bangunan ibu pejabat baharu KPRJ kepada Tunku Ismail pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 KPRJ hari ini.

Penerbitan eksklusif ini selari dengan tema ulang tahun, “3 Dekad Membina Legasi, Mencorakkan Masa Hadapan”, sekali gus menjadi rujukan bernilai tinggi untuk generasi akan datangdalam memahami sumbangan dan aspirasi KPRJ terhadap pembangunan negeri Johor.

Kemuncak acara memaparkan montaj pelancaran logo baharu, menerusi lakaran Tunku Ismail memotret logo baharu KPRJ, simbolik bagi menandakan bermulanya era penjenamaan semula serta identiti
korporat baharu KPRJ.

Pelancaran logo dan identiti baharu itu bukan sekadar transformasi visual, malah penegasan semula terhadap matlamat dan arah tuju KPRJ.

Direka berasaskan semangat kemajuan, perpaduan dan ketahanan, identiti baharu ini mencerminkan kesediaan KPRJ memperkukuh kedudukannya di Johor serta memperluas kerjasama ke seluruh negara.

Dalam pada itu, Lukman berkata, penjenamaan semula itu bukan sekadar perubahan logo tetapi menandakan transformasi menyeluruh dan memperkenalkan penjenamaan yang lebih jelas.

Selain itu katanya, ia juga menyatukan anak-anak syarikat serta pelaburan di bawah satu identiti yang kukuh.

Tunku Ismail menyaksikan peluncuran logo KPRJ yang baharu, sebuah rekaan yang diilhamkan oleh baginda dan menandakan pengenalan rasmi identiti baharu organisasi tersebut.

“Sejak ditubuhkan pada 1995, KPRJ dipertanggungjawabkan dengan pelbagai projek pembangunan yang membentuk landskap ekonomi dan sosial Johor.

“Dari infrastruktur strategik hingga pembangunan hartanah dan pelaburan, KPRJ terusmemperluas portfolionya ke sektor-sektor berimpak tinggi.

“Terbaharu, KPRJ turut meneroka sektor alam sekitar selari aspirasi kelestarian dan agenda hijau global,”jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, komitmen selama 30 tahun ini memastikan setiap usaha KPRJ membawa nilai jangka panjang kepada rakyat Johor.

“Sambutan Ulang Tahun ke-30 ini bukan sekadar menyingkap pencapaian lalu, sebaliknya deklarasi keyakinan terhadap masa hadapan yang dipacu inovasi, kelestarian dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada Johor,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tags: baharuidentitiimejkorporatKPRJlogosyarikatTMJ
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

Akta 173, 174 turut dipinda, perluas kebebasan bersuara pelajar UiTM

25 November 2026, 11:57 pm

Jantung Nurul Natasya milik remaja 16 tahun dari Sandakan

25 November 2026, 11:12 pm

Peraturan lebih ketat kawal lambakan produk e-dagang asing

25 November 2026, 10:43 pm

Guru, doktor jangan terlalu memilih lokasi penempatan – Anwar

25 November 2026, 10:24 pm

Yuran rawatan asas di fasiliti kesihatan awam perlu dikekalkan

25 November 2026, 10:17 pm

‘PRU16 mesti diadakan sebelum Februari 2028, jadi sabarlah’

25 November 2026, 10:11 pm

Lima hari, 16 pemindahan organ di empat hospital

25 November 2026, 10:04 pm

Dakwaan kertas Pendidikan Moral SPM bocor tidak tepat

25 November 2026, 9:52 pm

BERITA BERKAITAN

Ayam ‘water bath stunning’: Syarikat, pengarah didakwa

24 November 2026, 1:43 pm

Eskayvie sasar bantu 10,000 usahawan baharu jana pendapatan tambahan

22 November 2026, 11:43 am

Identiti dua beradik rentung dikenal pasti

21 November 2026, 3:31 pm

Ahli perniagaan didakwa pecah amanah RM572,573

18 November 2026, 1:38 pm

Lelaki ‘misteri’ meninggal dunia, polis cari waris

18 November 2026, 9:09 am

600,000 botol pewarna rambut guna logo halal palsu terjual

16 November 2026, 8:06 pm

Bekas eksekutif THP Bina didakwa pecah amanah wang RM72,000

16 November 2026, 4:59 pm

Mahkamah Rayuan benarkan 1MDB guna afidavit bekas ‘personal shopper’ Rosmah

12 November 2026, 12:08 pm
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Editor
  • Senarai Kedai Akhbar
  • Hubungi Kami

Hak cipta terpelihara © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H)

×