fbpx
Samad ketika ditemui pemberita di Taman Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Keluarga arwah Mustaqqeem reda tapi tetap mahu pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, pendaki yang ditemui meninggal dunia di Gunung Liang, Perak pada 16 Oktober lalu, masih menunggu siasatan polis selesai sepenuhnya sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Bapa saudara arwah, Samad Saad, 48, berkata, keluarganya ada menerima tawaran khidmat pembelaan secara pro bono (percuma) daripada rakan-rakan arwah yang aktif menuntut pembelaan atas kematian arwah menerusi ‘hashtag’ #justiceformustaqqeem.

“Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakannya kerana banyak membantu dan kami mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis. “Walaupun ahli keluarga reda dengan apa yang berlaku, namun kami tetap mahukan pembelaan sewajarnya.

“Kakak saya, (ibu arwah) masih menangis setiap hari apabila terkenangkan anaknya yang meninggal dunia sendirian atas puncak gunung berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Haji Abdullah Fahim, Kepala Batas di sini hari ini.

Terdahulu, balu Allahyarham Mustaqqeem, Nur Faratin Mohd Othman, 31, menerima faedah perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan Pengarah Perkeso Pulau Pinang, Rafidah Abdul Rahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI