SAUDARA PENGARANG,
Pembahagian harta pusaka kepada waris mengikut faraid mesti dilakukan apabila pemiliknya meninggal dunia.
Dalam hal ini, Islam menetapkan dua bahagian untuk waris lelaki dan satu bahagian untuk perempuan. Jika ada persetujuan, pembahagian boleh dibuat sama rata antara adik-beradik atau waris berlapis.
Perang yang meletus di Asia Barat antara Iran-Amerika Syarikat, Israel telah membuatkan harga emas melonjak kepada lebih RM700 segram.
Inilah masa yang sesuai untuk menjual barang kemas faraid kerana nilai emas 916 dan 999 sedang melonjak. Bukan tamak tetapi hasil jualan boleh diinfakkan lebih buat si mati, manakala bakinya boleh digunakan waris untuk belanja raya.
Apapun, persetujuan antara waris perlu disepakati bagi mengelakkan perbalahan dan krisis berpanjangan yang menyebabkan pembahagian tidak dapat dilakukan.
Perlu diingat, harta pusaka itu bukanlah milik kita tetapi hakikatnya ialah datang daripada Allah SWT yang perlu dikembalikan untuk manfaat diri kita sendiri.
Waris jari hantu
Selayang, Gombak














