fbpx
ROB FRIEND (kiri) optimis Vittoz bakal memainkan peranan penting dalam usaha melindungi reputasi pemain serta menjaga integriti skuad kebangsaan.

Misi ‘bersihkan’ nama Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK kes hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) disiarkan kepada umum 26 September lepas, ramai yang beranggapan revolusi skuad bola sepak kebangsaan akan terkubur.

Ini kerana, hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA trerhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya dianggap terlalu berat untuk diterima.

Badan induk bola sepak negara dan tujuh pemain warisan babitkan Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Namun, selepas mengadakan sidang media khas minggu lalu, peluang untuk membatalkan hukuman FIFA serta kritikan dilemparkan netizen sejak lebih tiga minggu lalu nampak cerah.

Keputusan FAM untuk melantik peguam sukan antarabangsa yang berpangkalan di Zurich, Switzerland, Serge Vittoz membuktikan badan induk itu serius untuk ‘mencuci’ semula nama yang sudah tercalar khususnya di peringkat antarabangsa.

Harus diingat, FIFA bukanlah badan persatuan yang sempurna tetapi mereka sentiasa mendengar bantahan serta aduan yang dikemukakan oleh ahli gabungan.

Sebagai contoh, Ecuador dibenarkan bermain di Piala Dunia 2022 selepas Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) membuat keputusan pemainnya, Byron Castillo dianggap rakyat yang sah, walaupun negara pesaing, Chile membuat bantahan kepada FIFA.

Peguam sukan dan komersial tempatan, Nik Erman Nik Roseli percaya peluang FAM sama ada boleh berjaya atau tidak dalam kes tersebut bergantung kepada alasan yang bakal dikemukakan nanti.

“FAM tidak boleh mengulangi alasan pada peringkat pertama seperti ‘kami tidak tahu’ dan ‘JPN dah buat semakan dan penilaian’.

“FAM perlu ingat bahawa isu di sini bukannya FIFA mempersoalkan kewarganegaraan tujuh pemain itu, sebaliknya FIFA hanya mempersoalkan kelayakan pemain menurut Statut FIFA.

“Antara kriteria kelayakan Statut FIFA adalah datuk atau nenek lahir di Malaysia. Untuk berjaya dalam rayuan, FAM perlu buktikan ini.

“Sejauh mana kes Castillo (kes Ecuador) mampu membantu bergantung kepada fakta sebnar tujuh pemain terbabit dan sejauh mana FAM sedia kongsi butrian lengkap kepada panel rayuan.

“Dalam undang-undang sukan, setiap perkataan dalam dokumen boleh memberi impak besar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif skuad Harimau Malaya, Rob Friend optimis Vittoz bakal memainkan peranan penting dalam usaha melindungi reputasi pemain serta menjaga integriti skuad kebangsaan

“Saya tahu kami perlu melindungi pemain kerana mereka adalah wira. Mereka sudah berjuang dan berkorban demi mewakili Malaysia.

“Saya ingin memahami bagaimana kami boleh melawan isu ini demi pemain dan pasukan kebangsaan, sebab itu kami segera dapatkan pasukan peguam terbaik bertaraf dunia (Vittoz),” katanya.

Difahamkan, sekiranya keputusan rayuan yang bakal didedahkan FIFA kepada umum 30 Oktober ini tidak memihak FAM, badan induk bola sepak negara itu dijangka mengheret kes tersebut hingga ke peringkat CAS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN