fbpx
Gambar hiasan.

Umur 27 tapi gaji masih RM2,500, gagalnya rasa…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bukan tak bersyukur, tapi kadang-kadang rasa ketinggalan dari semua segi”.

Itu luahan seorang wanita yang merasakan dirinya seorang yang gagal berikutan pencapaian hidupnya tidak setanding kenalan lain yang seusia.

Menggunakan profil @Moon_niera99 di media sosial, individu itu berkata, rakan-rakan sekelas yang lain rata-rata sudah pun berkahwin, mempunyai kerjaya dan gaji lumayan berbeza dengan dirinya.

“Betapa gagalnya aku rasa bila umur dah nak masuk 27 tahun depan, tapi masih tercari-cari hala tuju kerjaya yang sesuai, gaji masih ‘stuck’ (tersekat) dekat RM2,500 dan masih susah nak ‘move on’ daripada si dia.

“Patah hati dekat umur matang sangat menyedihkan ya. Sementara kebanyakan rakan kelas aku semua sudah berkahwin, ada anak, kerjaya bagus dan gaji atas RM5,000,” katanya.

Luahannya itu meraih pelbagai respons orang ramai, malah ada yang turut berkongsikan luahan serupa.

“Saya juga. Umur 27, belum ada pasangan, gaji masih ‘stuck’ dekat gaji asas RM1,700. Kadang-kadang saya rasa buntu bila lihat semua orang di sekeliling capai perkara yang saya belum ada. Tapi harap 2026 akan jadi tahun saya,” ujar @Kuqystyna.

“Kita sama, cuma tahun depan (saya) 28 dan masih tersekat dekat kerja yang tak jelas perkembangan kerjaya serta masih dilema nak kekal sampai cukup dua tahun atau letak jawatan dengan pengalaman setahun lebih sahaja,” kongsi @Hidaayah_dayah.

“Saya 37 tahun, baru dapat gaji dan mula kerja balik sis. Kawan yang saya kenal dah ada PHD, kerja dah stabil. Banyak peluang di luar sana sis, keluar dari zon tak selesa yang kita anggap selesa,” komen @Amin_azuwar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI