fbpx
Gambar hiasan.

Pelajar IPTA dari keluarga miskin terima pendidikan percuma PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan inisiatif baharu di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bakal memberikan pendidikan percuma kepada pelajar daripada keluarga miskin di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mulai tahun 2026.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan menjadi kunci keluar daripada kitaran kemiskinan, sejajar dengan matlamat asal penubuhan PTPTN.

“PTPTN lahir dari iltizam mengeluarkan anak bangsa dari kancah kemiskinan melalui pendidikan. Sejak penubuhan, PTPTN telah membuka jalan kepada jutaan mahasiswa menjejak kaki ke menara ilmu dan mengubah nasib keluarga.

“Kerajaan memberikan pendidikan percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA, dengan peruntukan RM120 juta setahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Anwar memaklumkan kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua mahasiswa yang berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dan berasal daripada keluarga berpendapatan rendah serta menengah.

“Ini memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun. Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di
luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN