fbpx
Gambar hiasan.

Parlimen rakam penghargaan sukarelawan Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parlimen Malaysia hari ini merakamkan penghargaan setinggi-tingginya terhadap usaha murni para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Sumud Nusantara Flotilla (GSF).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keberanian dan kecekalan para sukarelawan yang membelah samudera demi memperjuangkan kemanusiaan telah membuka mata dunia tentang pentingnya mengangkat nilai kemanusiaan serta menegakkan keadilan sejagat.

“Dunia pasca-Gaza menuntut keberanian moral dan kebijaksanaan diplomasi untuk membina ufuk baharu yang menjanjikan keamanan, keadilan dan kemanusiaan sejagatkatanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, Malaysia turut menyambut baik dan menaruh harapan terhadap usaha damai yang diterajui Amerika Syarikat bersama Mesir dan Qatar bagi memastikan rundingan antara Hamas dan Israel membuahkan hasil yang menjamin kebebasan serta kemerdekaan rakyat Palestin.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza selamat tiba di tanah air.

Kepulangan kesemua sukarelawan itu akhirnya menamatkan ketegangan selepas mereka ditahan oleh pasukan keselamatan Israel pada 2 Oktober lalu di perairan Gaza.

Namun kesemua mereka dibebaskan dan diterbangkan ke Istanbul hasil usaha diplomatik kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN