fbpx
GAMBAR fail bandar raya Kuala Lumpur. - Foto AFP

Malaysia tempat kedua tidak selamat berjalan waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Malaysia menduduki tangga ke-100 daripada 150 negara dunia bagi tahap keselamatan pada waktu malam dan kedua paling tidak selamat di rantau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN),  lapor portal berita MSNews semalam.

Kajian global terbaru oleh syarikat tinjauan pendapat Gallup mendapati Malaysia tergolong antara negara paling tidak selamat di ASEAN untuk berjalan seorang diri pada waktu malam.

Ia berada di tempat kedua terakhir dalam rantau ASEAN, hanya mengatasi Myanmar.

Menurut Gallup, Malaysia berada di kedudukan ke-100 peringkat dunia berdasarkan peratusan rakyat yang menyatakan bahawa mereka berasa selamat berjalan seorang diri pada waktu malam.

Dalam ASEAN, Myanmar mencatat tahap keselamatan paling rendah dengan hanya 41 peratus responden berasa selamat.

Sebaliknya, Singapura menduduki tempat teratas peringkat serantau dan global dengan 98 peratus rakyatnya menyatakan keyakinan untuk berjalan seorang diri pada waktu malam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN