fbpx
Fadhlina memuat naik di media sosial gambar buku yang dikirim Perdana Menteri kepadanya.

‘Disiplin intelektual dan rutin keilmuan Anwar sangat tinggi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin dengan disiplin yang kuat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam kesibukan mengurus tadbir negara, Anwar masih mampu menulis buku.

“Dalam kesibukan mengurus tadbir negara, beliau (Anwar) mempunyai disiplin yang kuat.

“Beliau menulis dan mengedit buku tulisannya sendiri setiap hari sehingga siap dicetak sepenuhnya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Fadhlina turut memuat naik gambar buku bertajuk Rethinking Ourselves yang dikirimkan oleh Anwar kepadanya.

“Disiplin intelektual dan rutin keilmuan beliau sangat tinggi menjadikan buku ini sangat cerdas penyampaiannya.

“Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih jua atas kiriman bukunya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN