PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu semasa Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
“Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan haji
terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE














